Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil memberi penjelasan di media sosial selepas dianggap pergi bercuti di Tanah Suci Mekah kerana membawa banyak pakaian.
Tidak Mahu Beli Belah
Wawa menerusi Insta Stories menjelaskan bahawa dia sememangnya tidak mahu membeli belah ketika menunaikan Ibadah Umrah.
“Ada je orang komen pergi ibadah ke holiday bawak baju banyak sangat.
Acik, saya memang tak nak shopping kat sini.”-tulis Wawa Zainal di Insta Stories
Kos Dobi Di Mekah Terlalu Mahal
Kongsi Wawa lagi, kos untuk mencuci pakaian di dobi di Tanah Suci Mekah adalah sangat mahal membuatkannya mahu membawa pakaian secukupnya selama 11 hari.
“Dobi pulak mahal. So bawak baju ngam-ngam untuk 11 hari 10 malam.”-jelas Wawa lagi
Wawa Zainal sebelum ini berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang membuat persiapan mengemas pakaian untuk menunaikan ibadah Umrah, baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, perkongsian Wawa mencetuskan pelbagai reaksi segelintir netizen di ruangan komen yang mempersoalkan pelakon ini membawa terlalu banyak pakaian.
View this post on Instagram
Namun begitu, ramai peminat menitipkan doa agar Wawa dan suami memperoleh Umrah yang mabrur.
“Banyak sangat tu. Boleh kurangkan sebab dekat sana kita sempat lagi untuk basuh dalam hotel.”
“Banyaknya sanggul.”
“MasyaAllah senangnya nampak Wawa pack. Siap bawa iron lagi.”
“Semoga dapat Umrah yang Mabrur.”
“Seronok tengok orang packing walaupun nampak baju banyaknyaa.”
“Senangnya packing, Kalau kita ambik masa seminggu satu-satu nak masuk.”
Apa komen anda?