Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, February 4, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Memang Tak Sanggup Baca..”-Kim Seri Terima Mesej Ugutan Rogol

    “Saya Memang Tak Sanggup Baca..”-Kim Seri Terima Mesej Ugutan Rogol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pempengaruh media sosial, Kim Seri sebelum ini mendapat kecaman netizen selepas syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberikan servis yang teruk selain menipu ramai rakyat Malaysia dengan pakej pelancongan yang dikendalinya ke Seoul, Korea Selatan.

    Terkini, Kim Seri menerusi Insta Stories, tampil memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk melakukan pembayaran semula kepada pelanggan yang terkesan.

    “Kepada semua yang menanti 1 Februari, mohon maaf kerana terlambat untuk update. Sekali lagi saya meminta maaf kerana mengambil sedikit masa untuk selesaikan pembayaran balik.

    Saya perlukan sedikit masa sahaja lagi dan akan berusaha lebih lagi untuk selesaikan semua refund. Mohon maaf semua kerana terpaksa menunggu.”-tulis Kim Seri di Instagram

    Terima Mesej Berbaur Ugutan

    Tambahnya lagi, Kim Seri mengakui terpaksa menyekat beberapa individu yang memberikan mesej berbaur ugutan terhadapnya disebabkan isu proses pembayaran semula yang masih belum selesai.

    “Dan saya akui, saya block beberapa orang yang hantar mesej-mesej macam ni. Saya faham buat masa sekarang semua tengah marah cuma ada beberapa mesej saya memang tak sanggup baca dan saya terpaksa block.

    Tapi jangan risau saya ada semua nombor akaun bank mangsa, bila ada duit saya akan terus transfer kepada mereka dan maklumkan sudah transfer. Saya cuma tak mampu tengok dan baca. Maaf.”-tulis Kim Seri lagi

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts