Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Memeluk Anak Abang Saya Untuk Pertama Kali, Empat Tahun Selepas Pelukan...

    ‘Saya Memeluk Anak Abang Saya Untuk Pertama Kali, Empat Tahun Selepas Pelukan Terakhir Kita’ – Ali Puteh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti yang kita tahu, pelawak Ali Puteh baru berpeluang bertemu dengan anak kepada arwah abangnya, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun tidak bersua muka.

    Terbaharu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tampil memuat naik satu video yang begitu meruntun hati wargamaya di TikTok.

    Dulu peluk abang, kini peluk anak abang

    @aliputeh89Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah? original sound – aliputeh

    Menerusi TikTok, Ali dilihat memuat naik video lamanya bersama arwah Abam yang berpelukan selepas menjuarai sebuah program realiti lawak terbitan stesen televisyen swasta kira-kira empat tahun yang lalu.

    Menurut Ali momen tersebut merupakan pelukan kali terakhir bersama arwah abangnya sebelum meninggal dunia.

    Selepas empat tahun berdepan dengan konflik bersama balu kepada arwah Abam, Ali kemudiannya berkongsi video dirinya memeluk erat anak saudaranya dalam keadaan yang penuh sebak.

    2019 yang lalu, inilah kali terakhir kita berpelukan dan hari ini (2024), kali pertama aku memeluk anakmu abang.

    Serasa seperti memelukmu abang. Sesungguhnya aku rindu, teramat rindu akan mu.

    Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya sebak melihat momen yang dikongsikan Ali.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan melibatkan keluarga Ali dan Hidayah dipermudah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Dulu Kerja Pesawah, Tak Ada Cita-Cita Nak Jadi Pelakon Atau Pelawak’ – Salih Yaakob

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts