Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Mengakui Marissa Dan Aslam Menikah Di Thailand” – Abby Abadi Akhirnya...

    “Saya Mengakui Marissa Dan Aslam Menikah Di Thailand” – Abby Abadi Akhirnya Sahkan Pernikahan Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

    Mendirikan Rumah Tangga Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

    Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

    Pernikahan itu juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu bapanya.

    Abby Mengesahkan Perkahwinan Anak

    via Harian Metro

    Terbaru, pelakon Abby Abadi yang merupakan ibu kepada Marissa akhirnya mengesahkan pernikahan anak perempuannya itu dengan Mohd Aslam yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

    Abby berkata, sebagai ibu, dia reda dengan pilihan yang dibuat Marissa sekali gus bergelar isteri kedua kepada lelaki itu.

    Minta Selesaikan Urusan Di Malaysia

    Abby bagaimanapun bertegas mahu pasangan itu segera mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

    Saya mengakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil pernikahan mereka ada pada saya, cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini.

    Daftar pernikahan di sini, sahkan kerana kita tinggal di Malaysia.

    Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak, sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini.

    Selesaikan benda yang belum selesai.

    Kongsi Kronologi Yang Terjadi

    via Instagram Abby Abadi

    Hampir tiga minggu kisah perkahwinan itu menjadi bualan ramai, Abby turut berkongsi kronologi bagaimana Marissa ‘lolos’ bernikah senyap-senyap di Thailand.

    Katanya, dia memang tidak mengetahu kejadian tersebut malah menganggap kejadian itu diluar jangkaannya.

    Saya balik hari itu, suami tengok kamera litar tertutup (CCTV) ada kawan perempuan Marissa di rumah dan baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

    Rupa-rupanya kawannya itu seperti ganti dia supaya tiada sesiapa tahu dalam bilik tu tak ada orang.

    Sangat-sangat tak terjangka dek akal.

    Tidak Dapat Menghubungi Anak

    via Kosmo Digital

    Menurutnya, dia hanya mengetahui maklumat mengenai Marissa sudah berada di Thailand selepas mendapat bantuan daripada rakan polis.

    Saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis selepas beri maklumat dan mereka bantu menjejaki Marissa.

    Saya hubungi anak tetapi tidak dapat, mungkin telefonnya ditutup.

    Sebagai ibu, saya harap semua ini tak berlaku dan cuba menidakkan perkara ini tak sah tetapi siapalah saya kalau sudah Allah SWT kata itu yang terbaik untuk mereka.

    Malah Abby juga menyatakan bahawa jika perkara tersebut sudah ditetapkan oleh Allah dan terbaik untuk pasangan itu, dia redha dengan apa yang terjadi.

    ALSO READ:  Nyawa David Teo Hampir Melayang Selepas Terkena Sihir Lintah, Dakwa Dihantar Keluarga Sendiri – ‘Saya Jumpa Ustaz Untuk Berubat’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts