Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Mohon Maaf Kepada Pihak PDRM Yang Terguris Hati”-Telefon Caprice Disita Berkait...

    “Saya Mohon Maaf Kepada Pihak PDRM Yang Terguris Hati”-Telefon Caprice Disita Berkait Isu Pelajar Dilanggar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perkongsian gambar atau kandungan yang berkaitan kes kemalangan melibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di Meru, Ipoh Jumaat lalu boleh dikenakan tindakan.

    MCMC dalam kenyataan memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan menekankan tentang kepentingan untuk menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa sama menunjukkan empati yang tinggi.

    Mengenai perkara ini, pempengaruh media sosial, Caprice memberikan keterangan kepada polis berkenaan video dimuat naik di media sosial yang melibatkan Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar kereta berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, Ipoh.

    Caprice atau sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan video itu sudah dipadam atas nasihat pihak polis.

    “Saya ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mereka mendengar dan memberi peluang untuk saya memberikan pandangan. Saya faham mengapa video tersebut perlu diturunkan.

    “Tidak baik untuk kita melaga-lagakan perkara ini dengan lebih panjang. Saya memohon maaf kepada pihak PDRM yang terguris hati ataupun terasa dengan video saya. Video tersebut hanya ditujukan kepada orang yang terlibat dalam satu kes di SMK Jati. Tiada kaitan dengan anggota lain,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

    Caprice berkata, isu itu tidak wajar dipanjangkan lagi kerana boleh mencemarkan imej PDRM.

    “Pada masa yang sama, saya di sini sentiasa untuk membela mangsa membabitkan apa-apa kes. Saya tabik kepada PDRM kerana sentiasa mendengar suara kita walaupun ada orang yang fikir sebaliknya.

    Beliau juga ditemani oleh Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kakak Tampil ‘Back Up’ Emma & Chacha Maembong – ‘Kau Tak Ada Buat Salah Apa-Apa’

    Menurutnya, Afdlin dianggap seperti abangnya sendiri kerana memahami seni untuk meluahkan diri.

    Ariz turut memaklumkan peranti elektronik miliknya dan kakitangannya turut dirampas oleh polis.

    “Antara yang dirampas ialah dua telefon pintar, sebuah komputer riba, kamera dan kad SD. Walaupun dipanggil untuk memberikan keterangan saya tidak lihat ini sebagai satu bentuk intimidasi. Kita ada undang-undang. Apabila kita langgar undang-undang, mereka akan datang kepada anda,” katanya.

    Pada 18 Disember lalu, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dituduh menyebabkan kematian Muhammad Zaharif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts