Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Percaya Dia Paling Layak Untuk Jaga Anak-Anak Berbanding Safee’ – Kakak...

    ‘Saya Percaya Dia Paling Layak Untuk Jaga Anak-Anak Berbanding Safee’ – Kakak Safee Sali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kakak kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali iaitu Normalayati Mohd Sali menyangkal dakwaan bahawa bekas isteri adiknya itu seorang penyondol.

    Safee tidak hadir

    Menurut Normalayati, Fitria bukan penyondol dan penyebab rumah tangga yang pertama itu roboh. Tambah Normalayati, sebenarnya tiada karma pun kerana dia mengetahui cerita sebenar dan tidak mahu membuka kisah lama kerana akan membabitkan semua pihak.

    Saya juga nak betulkan apa yang salah dan orang yang menuduh adik ipar (Fitria Elfina) saya itu tak betul sebab saya tahu cerita sebenar, keluarga kami pun tahu cuma tak nak aibkan orang lain saja.

    Disoal mengenai hak penjagaan anak, Normalayati berkata, Fitria Elfina paling tepat untuk menjaga anak-anak mereka.

    Saya percaya dia paling layak untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik berbanding Safee sendiri kerana dia sibuk bekerja. Saya juga ada cakap pada Safee, jangan terus fitnah isteri dan pusing fakta. Semoga kemenangan berpihak kepada bekas adik ipar nanti.

    Dalam pada itu, Fitria Elfina berkata, dia sangat berharap dapat berjumpa dua orang anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila sempena sambutan Aidilfitri nanti.

    Saya sangat berharap dapat menyambut raya dengan anak-anak kerana sudah dua bulan tidak berjumpa.

    Anak-anak sangat rapat dengan saya. Pada masa sama, saya juga akan berada di sini pada sambutan raya yang bakal menjelang.

    Terdahulu, Fitria mendedahkan dia tidak dapat berjumpa dua anak perempuannya sejak awal Februari lalu. Susulan daripada itu, dia terpaksa memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum prosedur sulh kedua-dua pihak yang berlangsung pada 18 Mac lalu gagal mencapai kata sepakat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Umie Aida Bergambar Dengan Harimau!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts