Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Percaya Syamsul Buat Keputusan Atas Kerelaan Hatinya & Tiada Paksaan Daripada...

    ‘Saya Percaya Syamsul Buat Keputusan Atas Kerelaan Hatinya & Tiada Paksaan Daripada Sesiapa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Puteri Sarah Liyana memberitahu dia enggan masuk campur urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

    Tidak dapat beri jawapan

    Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah berkata, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan kenyataan yang bakal diberikan.

    Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

    Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.

    Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa.

    Tambah Sarah, dia sedang bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.

    Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak.

    Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

    Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

    Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts