Penyanyi terkenal Ziana Zain pernah bertindak menegur seorang pramugari ketika menaiki sebuah penerbangan.
Teguran Ziana
@zarulumbrellaofficial Ziana Pernah Buat Complain Kat Pramugari Sbb #borakdalamgalley @borakdalamgalley @zianazainofficial @CK Faizal
? original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella
Menerusi podcast Borak Dalam Galley, penyanyi Zarul Umbrella memberitahu bahawa seorang pramugari menceritakan tentang pengalamannya ketika menaiki penerbangan yang sama dengan Ziana.
Dia cakap, ‘ada Ziana Zain dalam flight aku, dia complain fasal aku punya LS (Leading Steward/ Stewardess) cakap kuat dan PA (public address systems) itu pun kuat.’
Terlampau kuat ke masa tu?
Tidak sakitkan telinga penumpang
Pemilik nama Siti Roziana Zain tersebut mengakui tentang tindakannya dan menegaskan bahawa dia berhak untuk menyuarakan pendapat berikutan bunyi yang terlalu kuat boleh mengganggu penumpang yang lain.
Menurut pelantun lagu Madah Berhelah itu, dia bertindak sedemikian adalah berdasarkan pengalamannya menjadi pramugari sebelum ini yang mementingkan keselesaan penumpang.
Ya, betul. Memang kuat, pecah!
Saya perlu beritahu. Saya katakan kepadanya, PA tu kuat sangat..sebab saya pun pernah jadi seorang pramugari.
Saya perlu beri feedback, niat saya adalah untuk memberitahu mereka. Jadi semua orang tidaklah sakit telinga.
Kenapa nak anggap itu sebagai satu yang negatif? Sebab saya penyanyi?