Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Rasa Speechless…’ – Nana Mohd Dedah Kena Raba Dengan Lelaki Yang...

    ‘Saya Rasa Speechless…’ – Nana Mohd Dedah Kena Raba Dengan Lelaki Yang Dikenali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Peningkatan kes seksual dalam komuniti kita semakin hari semakin membimbangkan. Tidak mengira lapisan umur mahupun jantina, kira harus sentiasa berwaspada dengan keadaan sekitar. Sehubungan itu, platform OHBULAN dan SEISMIK menganjurkan kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu demi meningkatkan kesedaran dan ilmu kepada masyarakat Malaysia.

    OHBULAN menerusi program SHOW DALAM BILIK bersama pengacara Amat Larbsib telah menjemput seorang selebriti kecergasan, Nana Mohd untuk berkongsi ‘kisah gelap’ yang pernah dihadapinya ketika di usia remaja.

    Pengalaman pertama yang mengejutkan

    Nana Mohd menerusi sebuah rancangan temubual iaitu Show Dalam Bilik telah berkongsi pengalamannya ketika di usia remaja apabila dirinya berdepan dengan situasi yang mengejutkan. Baginya, pengalaman ‘gelap’ itu tidak mudah untuk dilupakan apabila individu lelaki yang dikenalinya didakwa cuba merabanya di sebuah majlis keramaian.

    Masa tu kita nak ambil gambar, saya berdiri di barisan belakang dan tiba-tiba saya perasan seseorang memegang ‘itu’ dekat punggung saya. Pada mulanya, saya terfikir, adakah tindakan itu tidak sengaja?

    Tambah selebriti kecergasan ini lagi, dia mengenali individu tersebut yang merupakan anak kepada kenalan ibunya. Selepas insiden tersebut, Nana berkongsi cerita itu kepada ibunya dan ketika itu mereka sukar untuk mempercayai akan tindakan lelaki tersebut.

    Ketika itu, Nana menyarankan ibunya untuk bercakap dengan ibu bapa kepada lelaki tersebut untuk mereka mengetahui perkara tersebut.

    Berulang sekali lagi

    Tidak berakhir disitu, Nana hadapi insiden ini buat kali kedua di tempat awam dan sekali lagi dirinya merasa tidak selamat lagi.

    Kali kedua berlaku, orang yang sama juga. Ketika itu, saya hendak ke KLCC menaiki kereta api. Bila masuk je gerabak, saya terlihat dia. Saya tak boleh berpura-pura sebab dia adalah kenalan keluarga.

    Situasi di dalam kereta api tersebut juga padat dengan penumpang. Apabila kereta api sudah penuh, situasi tersebut berulang sekali lagi. Kali ini bukan meraba, tetapi meramas.

    Tambahnya lagi, ketika itu Nana terdiam dan terkejut sekali lagi dengan situasi yang berlaku ketika usianya 18 tahun. Dengan situasi yang tidak dijangka itu, Nana bergegas keluar daripada gerabak dan pulang ke rumah bagi memaklumkan kepada ibunya.

    ALSO READ:  Netizen Puji Sikap Suami Ummi Nazeera Yang Sentiasa Sokong Kerjaya Seni Isteri, Siap Tolong ‘Promote’ Jadi Duta Tisu!

    Video Penuh

    Saksikan temubual penuh Amat Larbsib bersama Nana Mohd mengenai kisah gangguan seksual di tempat awam. Penceritaan ini adalah sepenuhnya pengalaman peribadi yang dihadapi oleh Nana Mohd di usia remaja.

    Bagi anda yang juga menghadapi situasi yang sebegini, boleh sahaja kongsikan kepada Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu DISINI.

    Penafian: Kempen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan seksual dalam kalangan rakyat Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts