Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Sangat Sayang Dekat Dia’ – Gayatri Tumpang Kasih Arwah Ibu Zul...

    ‘Saya Sangat Sayang Dekat Dia’ – Gayatri Tumpang Kasih Arwah Ibu Zul Ariffin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai tampil memberi penjelasan tentang hubungan rapat dengan arwah ibu pelakon Zul Ariffin iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir yang sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Respon Gambar Raya Bersama Gayatri – ‘Dia Dah Macam Family, Arwah Mak Saya Memang Sayang Dia’

    Artikel berkaitan: [FOTO] Zul Ariffin & Gayatri Masih ‘Couple’?

    Tumpang kasih arwah ibu Zul Ariffin

    Menurut Gayatri, dia menumpang kasih dengan arwah ibu Zul selepas pemergian bapanya manakala ibunya pula menghidap angin ahmar atau strok.

    Secara jujurnya saya dengan arwah mak Zul sangat rapat dan saya sangat sayang dekat dia sebab at that time bila bapa saya meninggal, mak saya kena strok.

    Mak saya kena strok dulu lepas tu bapa saya meninggal. Saya tak ramai keluarga di sini. Saya sara keluarga berseorangan.

    Sementara itu, Gayatri akui dunianya menjadi gelap selepas ketiadaan bapa memandangkan ibunya juga tidak dapat mencurah kasih sayang yang dirindui.

    Sebenarnya kita mahukan figura mak yang ambil berat. Pada saya, mak Zul tu seorang yang sangat best dan caring. Dia beri saya keselesaan dan kasih ibu yang saya sangat rindu.

    Mak saya strok jadi dia tak boleh. Sebagai wanita, kita perlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan saya sebenarnya anak manja jadi bila bapa saya meninggal dunia, dunia saya jadi gelap.

    Ada orang hari keesokkan dah okey, saya ambil masa bertahun-tahun untuk get over bapa saya punya pemergian jadi mak Zul lah jadi tempat saya mengadu.

    Harapan arwah ibu buat hubungan mereka

    Dalam pada itu, disoal sama ada arwah ibu Zul ada mengharapkan untuk melihat mereka bersatu, Gayatri hanya berteka-teki.

    Mungkin ada. Mak kan, takkan lah mak nak anak dia keluar dengan perempuan lepas tu tak jadi.

    Mana-mana mak pun bila you dah rapat dengan seseorang, mesti dia suruh itulah.

    Gayatri ditemui semasa di sidang media dan tayangan tertutup drama bersiri terbitan iQIYI yang berjudul Restu di The Met, Mont Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

    ALSO READ:  Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’

    Terdahulu, foto Gayatri dan Zul Ariffin mencuri perhatian ramai apabila menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga aktor tersebut.

    Jelas Zul, sudah menjadi rutin buat Gayatri berkunjung ke rumahnya setiap tahun malah arwah ibunya begitu menyayangi Gayatri yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts