Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Selalu Fikir Kawan-Kawan Lain Pun Nak Hidup, Jadi Perlu Percaya Pada...

    ‘Saya Selalu Fikir Kawan-Kawan Lain Pun Nak Hidup, Jadi Perlu Percaya Pada Rezeki’ – Angeline Tan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Angeline Tan mengakui dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas mengenakan tudung.

    Tak ada tawaran berlakon langsung

    Menerusi temu bual bersama , Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

    Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.

    Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.

    Tambah isteri kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.

    Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.

    Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.

    Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.

    Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri.

    Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.

    ALSO READ:  [VIDEO] Remy Ishak Jawab Dakwaan Beri Galakkan Buruk Pakai Cincin Hidung Palsu – ‘Itu Bukan Tanggungjawab Saya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts