Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperoleh penyanyi, Zaki Yamani masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen susulan tiada sebarang perkongsian mengenai hal tersebut.
Artikel berkaitan: Jamal Abdillah Terima Rezeki Allah, Sedar Netizen Kecam Isteri Hamil Lagi – ‘Saya Dah Dapatkan Pandangan Doktor Pakar’
Artikel berkaitan: Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh, Isteri Alami Alahan Teruk Sedang Dirawat Di IJN
Saya tak tahu
Memetik laporan BH Online, tindakan Zaki merahsiakan keputusannya itu turut menimbulkan persoalan kepada bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah. Menurut Jamal, sehingga ke hari ini dia masih belum mengetahui keputusan SPM anak keduanya itu.
Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya. Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu. Sebagai bapa saya faham, dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.
Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar. Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas.
Tambah Jamal, anaknya sudah melalui fasa pertama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan. Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.