Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSaya sudah berkahwin, tidak ada salahnya - Safee Sali

    Saya sudah berkahwin, tidak ada salahnya – Safee Sali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain dan mahu membuka ‘buku’ baharu dalam kehidupannya.

    Saya sudah kahwin

    Memetik laporan Kosmo, Safee berkata, semua individu sememangnya tidak dihalang untuk berkahwin selagi ia sah dan menepati syarak.

    Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan. Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan.

    Terdahulu, konflik rumah tangga Safee dan bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip, 44, yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai selepas sah bercerai talak dua di mahkamah berkenaan.

    Safee bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai wanita yang didakwa dinikahinya pada 26 Januari lalu.

    Tambah bekas penyerang JDT itu, dia kini mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu dengan muhasabah diri sendiri.

    Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku.

    Berbicara mengenai dakwaan Fitria Elfina tidak dapat menemui dua anak mereka, Safee memberitahu, perkara itu masih dalam prosiding mahkamah.

    Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh (sepanjang Ramadan).

    Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan.

    Sementara itu, Fitria Elfina bersyukur proses perceraiannya dipermudahkan namun akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menjaga dua anak mereka.

    Saya kesal dengan sikap Safee yang menghalang berjumpa dengan anak kami sejak lebih sebulan lalu dan amat rindukan mereka.

    Harapan untuk menemui anak masih tergantung dan saya akan mempertahankan hak penjagaan selepas penceraian ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tya Arifin Dedah Keguguran Sebelum Hamil Anak Ketiga

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts