Sebelum ini syarikat milik pelawak Shuib itu berdepan dengan 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Bakal Ambil Tindakan
Syarikat terbabit bersama dua pengarahnya diwakili Shuib dan Koh Choon Guan selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Atas kejadian tersebut, pelbagai reaksi dan komen yang telah diberikan oleh warga net.
Menurut Shuib, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial di TikTok yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan syarikat minuman miliknya, Bubblebee Sdn Bhd.
Menurut Harian Metro, Shuib berkata, tuduhan dilemparkan individu terbabit amat tidak berasas selain mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit.
Melibatkan Syarikat Miliknya
Dalam masa sama, Shuib turut menjelaskan dakwaan pengguna TikTok terbabit yang memfitnah dengan mengatakan syarikatnya bukan bumiputera.
Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terbabit akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar.
Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata.
Adakah menjadi satu kesalahan besar apabila ada pengarah berbangsa lain dalam syarikat.
Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar.
Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila membabitkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan.
Malah Shuib, individu tersebut perlulah berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana apabila melibatkan syarikatnya, dia perlu untuk mengambil tindakan terhadap inndividu tersebut.