Pelakon dan pengacara Muaz Zabir memberitahu dia sudah tidak berhubung dengan Bella Astillah selepas isu mengenai mereka viral di media sosial, baru-baru ini.
Dah lama tak berhubung
Memetik laporan BH Online, Muaz berkata, kali terakhir mereka berhubung apabila isu hubungan sulit itu diketahui umum. Malah, Muaz mendakwa dia sudah tidak berhubung dengan keluarga dan kenalan rapat Bella.
Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia (Bella) sejak isu ini timbul. Bukan hendak putuskan hubungan sebagai kawan, cuma saya perlu hormat rumah tangga orang.
Saya sudah ‘cut off’ daripada berhubung dengan Bella. Ketika isu ini mula diperkatakan sahaja dia ada hubungi untuk berbincang, selepas itu, tiada.
Terdahulu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu membuat pengakuan mengenai hubungan terjalin antara dirinya dengan Muaz. Ujar Bella, dia mahu Aliff berasa cemburu pada waktu itu.
Susulan daripada itu juga, Muaz mengaku dirinya membuat kesilapan dan memohon maaf kepada semua pihak. Malah, Muaz berjanji tidak akan mengulanginya.
Saya terkejut dengan apa yang terjadi, malah, langsung tak pernah terfikir.
Saya tak boleh elak, tapi sedar ada kesalahan dilakukan.
Sekarang, saya sudah reda dengan apa yang terjadi. Ini berlaku tahun lalu, jadi saya memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.