Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir”- Puteri Sarah Sedia Jadi Tempat...

    “Saya Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir”- Puteri Sarah Sedia Jadi Tempat Mengadu Untuk Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Awak (Bella) ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis. Jadi, saya di sini sekiranya awak perlukan saya,” kata pelakon Puteri Sarah.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosialnya, Puteri Sarah berkata, dia sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada sahabatnya yang juga pelakon, Bella Astillah yang kini berdepan dengan masalah rumah tangga selepas suaminya, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies didakwa ditangkap berkhalwat, baru-baru ini.

    Menurut Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, juga meminta supaya orang ramai berhenti menghakimi Bella tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

    “Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakiminya.

    “Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dirinya,” tulisnya.

    Dalam perkongsiannya lagi, Puteri Sarah juga meminta supaya Bella diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu.

    “Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-sama kita berdoa untuknya,” tulisnya lagi.

    Terdahulu, suami kepada Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium pada Jumaat lalu.

    Difahamkan, dua artis terbabit berkerja sama dalam sebuah drama yang kini dalam proses penggambaran.

    Malah, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya itu adalah individu yang dicekup bersama pelakon wanita terbabit seperti mana dilaporkan.

    Bagaimanapun, Aliff dan Ruhainies sudahpun memohon maaf atas apa yang terjadi dan akan memberi kenyataan bagi mengelakkan salah faham yang berlaku.

    ALSO READ:  “Orang Tak Setuju Saya Berhijab…”- Norish Karman Maklum Terima Banyak Tawaran Minta Tanggalkan Hijab
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts