Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tahu Dia Boleh Lalui Semua Ini, Bagi Dia Masa’ – Ustaz...

    ‘Saya Tahu Dia Boleh Lalui Semua Ini, Bagi Dia Masa’ – Ustaz Kazim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias menyifatkan isu merehatkan seketika penglibatan Ustaz Don Daniyal dalam sebuah program televisyen adalah satu kerugian besar.

    Pernah lalui situasi yang sama

    Menerusi temu bual bersama Kazim berkata, anak didiknya itu seorang yang sangat baik dalam menyampaikan dakwah. Bahkan, ramai orang suka melihat dan mendengar cara dia menyampaikan kuliah.

    Tambah Kazim, ia menjadi satu kerugian yang besar kalau Don tidak boleh berdakwah di media utama.

    Saya juga pernah melalui situasi sama tetapi pegangan saya hanya buat terbaik. Insya-Allah pihak TV dan radio akan panggil semula. Mungkin ada pencerahan yang perlu dibuat.

    Kazim yang ditemui pada Malam Gala & Tayangan Perdana Filem Zim Zim Ala Kazim, semalam, turut memaklumkan pendakwah itu sudah pun dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjelaskan situasi sebenar.

    Berikutan daripada itu, Kazim berharap orang ramai tidak mudah menilai dan menghentam Don sebaliknya memberi teguran, nasihat dan semangat yang membina kepadanya.

    Dalam hal ini kita kena berlapang dada. Masyarakat juga janganlah terus menghentam dia seolah-olah langsung tiada kebaikan dilakukan. Saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula.

    Jika dia ada buat kesalahan nasihatlah secara baik. Dia perlu melalui proses ini kerana ia adalah asam garam dalam dunia dakwah.

    Disoal sama ada sudah memberi semangat atau menghubungi Don, Kazim secara ringkas menjawab dia tidak mahu memberi tekanan kepada anak didiknya.

    Dia ada berhubung dengan saya cakap pasal program. Tapi saya langsung tak balas. Saya tahu dia boleh lalui semua ini. Bagi dia masa. Tak perlu saya beri nasihat sebab saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula. Lagipun saya tak mahu beri dia sebarang tekanan.

    Terdahulu, nama Ustaz Don hangat diperkatakan selepas dia berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan hadis palsu.

    ALSO READ:  ‘Teruskanlah Dengan Fitnah-Fitnah Selagi Anda Boleh & Mampu’- Ibu Aliff Aziz

    Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman merehatkan Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah. Jelas Suhaimi tindakan itu dibuat bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen berhubung isu itu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts