Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik oleh pempengaruh media sosial, Dr Say yang memaparkan anak lelaki ketiganya, Zeq telah dikasari oleh pembantu rumahnya yang sebelum ini pernah melakukan kesalahan membawa masuk lelaki di kediamannya pada Julai lalu.
Insiden yang berlaku pada Dr Say sekeluarga mendapat respon oleh pelakon jelita, Anzalna Nasir yang menyifatkan video tersebut telah menghancurkan hatinya apabila melihat kekasaran yang dilakukan oleh pembantu rumah berkenaan terhadap Zeq.
“Menonton video ini menghancurkan hati saya. Alhamdulillah Allah lindungi baby Zeq.”-tulis Anzalna di Instagram
“Saya Sanggup Korbankan Kerja Demi Anak-Anak…”
Mengakui dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna, Anzalna menegaskan bahawa dia tidak meninggalkan anak-anaknya secara bersendirian dengan pembantu rumah, malah sanggup mengorbankan kerjanya demi anak-anak.
“Bab maid ni, saya tak boleh sebab banyak sangat kes macam ni. Saya nak cakap pasal diri saya.
Saya bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak. Dari lahir sampai sekarang, tak pernah sekali pun saya tinggalkan mereka bersendirian dengan maid.”-tegas Anzalna
Tidak kisah jika terlepas tawaran kerja bernilai ratusan ribu ringgit, Anzalna menyatakan bahawa apa yang lebih penting adalah anak-anaknya berada di bawah jagaannya sendiri.
“Walau terlepas job beratus ribu pun, tak apa, yang penting anak-anak ada di bawah jagaan saya sendiri.
Saya akan batalkan segala-galanya jika keluarga saya tidak dapat menjaga mereka. Saya tidak akan meninggalkan anak-anak saya dengan pembantu rumah!
Saya tak percayakan mereka langsung, walaupun baik macam mana.”-tulis Anzalna lagi
Apa komen anda?