Dramatis dan usahawan popular, Rozita Che Wan mengakui tidak layak berkongsi tips rumah tangga kerana merasakan usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Zain Saidin masih baru.
‘Perkahwinan masih muda’
Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, pasangan yang sudah berkahwin lebih dari 20 tahun lebih layak untuk berkongsi pasang surut dalam melayari bahtera perkahwinan.
Saya tak sesuai nak bagi tips fasal rumah tangga, sebab perkahwinan saya baru sahaja 11 tahun.
Kalau nak minta tips, minta pada pasangan yang sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka lebih layak.
Saya yang usia perkahwinan 20 tahun ke bawah ini, ibaratnya baru mahu bermula.
Che Ta berkongsi mengenai perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata ibu kepada tiga cahaya mata ini, kunci utama hidup sebagai pasangan suami isteri adalah perlu banyak bersabar dan saling bertoleransi.
Apa pun yang saya boleh kongsikan, tips penting berumah tangga perlu banyak bersabar dan toleransi.
Sabar adalah kunci utama. Kalau pihak sana tidak toleransi, hanya kita sahaja toleransi, nak tak nak bersabar lah jawapannya.