Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Tak Layak Pegang Gelaran Biduanita Negara Ke-3”- Ziana Zain Tak Yakin...

    “Saya Tak Layak Pegang Gelaran Biduanita Negara Ke-3”- Ziana Zain Tak Yakin Meskipun 35 Tahun Dalam Industri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain menyuarakan pendapatnya mengenai siapa yang layak bergelar Biduanita Negara ketiga selepas Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

    Menurutnya, gelaran itu harus diberikan kepada tokoh yang telah berbakti kepada dunia seni negara sekurang-kurangnya selama lima dekad.

    “Saya melihat tokoh yang layak menerima gelaran Biduanita Negara ketiga mestilah seseorang yang serba boleh, iaitu pembabitannya merangkumi industri nyanyian, perfileman, dan pengacaraan,” katanya.

    Topik tentang siapa yang layak menjadi Biduanita Negara ketiga menjadi hangat, terutama setelah peminat mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, bulan lalu.

    Rentetan itu, ciapan dilayangkan di aplikasi X meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga peminat Siti, membantu menunaikan hasrat peminat Siti.

    Lebih mengejutkan, ciapan itu mendapat reaksi positif Fahmi dan beliau dilapor menyebut perbincangan dalaman mengenai perkara itu sudah dibuat.

    Selain Siti, Datuk Sheila Majid dan Ziana juga disebut-sebut antara bintang layak diberi gelaran Biduanita Negara. Gelaran Biduanita Negara setakat ini hanya diberi kepada Allahyarham Saloma dan Allahyarham Sharifah Aini.

    Ziana berkata, dirinya belum layak bergelar Biduanita Negara ketiga.

    “Saya baru 35 tahun dalam dunia seni, belum 50 tahun pun. Masih ada ramai lagi ‘senior’ yang lebih layak mendapat gelaran Biduanita Negara ketiga,” katanya.

    Ziana berkata, industri seni masih belum ketandusan artis ‘senior’ yang layak bergelar Biduanita Negara. Namun, disebabkan kurang pendedahan, nama bintang terbabit tidak didendang.

    “Kita ada ramai artis ‘senior’ yang layak dan mereka sangat bekerja keras. Cuma kurang diberi pendedahan menyebabkan orang tidak nampak usaha mereka.

    ‘Saya faham setiap peminat mahu artis kesayangan mereka diberi gelaran itu. Tetapi, mereka kena faham makna gelaran Biduanita Negara.

    “Biarlah penilaian untuk gelaran itu dibuat mereka yang lebih arif. Allahyarham Sharifah Aini adalah contoh terbaik kerana arwah tiada tolok bandingnya.

    “Beliau dapat gelaran itu ketika usianya mencecah separuh abad. Lagipun, Allahyarham Sharifah Aini cebur diri dalam bidang seni ketika usianya masih remaja. Jadi, lebih baik kita bagi kepada artis yang layak.

    “Tiada yang lama, tiada yang baharu. Mereka inilah yang beri kita semangat dan inspirasi untuk menjadi lebih baik,” katanya.

    ALSO READ:  Kisah Guru dan Pelajar Bercinta: Ibu Dakwa Anaknya Dipeluk dan Dicium Oleh Guru Matematik, Ada Kesan Merah pada Leher
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts