Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tak Mahu Beri Ruang Topik Poligami Dibincangkan Dalam Rumah Kami’ –...

    ‘Saya Tak Mahu Beri Ruang Topik Poligami Dibincangkan Dalam Rumah Kami’ – Sharifah Husna

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Sharifah Husna akui tidak mampu berpoligami sekali gus memberi pendapat berkenaan lelaki yang melakukannya tanpa pengetahuan isteri pertama.

    Tak mampu berpoligami

    Ketika ditemui , Husna atau nama lengkapnya Sharifah Husna Syed Feizal berkata, dia tidak membuka peluang isu poligami dibincangkan dalam rumah tangganya.

    Ujarnya, rumah tangga tidak akan kekal sekiranya seorang suami melakukan poligami secara bersembunyi.

    Pendapat saya masih sama. Saya tidak mampu untuk berpoligami.

    Tapi ada wanita yang kuat dan boleh untuk berpoligami.

    Apa yang saya nampak, kalau seseorang itu minta izin dan masuk sesebuah keluarga dengan cara yang baik, InsyaAllah rumah tangga itu kekal.

    Tapi kalau seorang suami berkahwin satu lagi secara rahsia, tidak kekal.

    Saya tidak mahu beri ruang topik itu dibincangkan dalam rumah kami.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu yakin perancangan tuhan adalah mengikut kemampuan seseorang.

    Husna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.

    Reaksi Husna pada mangsa keganasan rumah tangga

    Berkongsi lebih lanjut, Husna sebak dengan ujian yang menimpa segelintir wanita dengan isu keganasan rumah tangga.

    Padanya, kebanyakan mangsa tiada sistem sokongan yang kuat untuk keluar dari masalah tersebut.

    Saya rasa sangat sedih.

    Pada saya, wanita yang berpendidikan dan ada sistem sokongan yang kuat mereka jarang terlibat dalam hal keganasan rumah tangga.

    Kita kena cari jalan untuk wanita ada pendidikan, ada karier sendiri dan perlu berdikari.

    Akhir perkongsian, Husna bersyukur dikelilingi oleh ahli keluarga yang menyokongnya dari segala segi.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Biarpun Berhijab, Hannah Delisha Tak Kisah Pegang Watak Penyondol Kerana Realiti Ramai Begitu
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts