Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Tak Merajuk, Saya Dah Penat…” – Datuk Hattan Mahu Bersara Sebegai...

    “Saya Tak Merajuk, Saya Dah Penat…” – Datuk Hattan Mahu Bersara Sebegai Penyanyi Pada Jun Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mempunyai ciri vokal yang unik telah meletakkan penyanyi ini dalam kelasnya yang eksklusif antara penyanyi legenda tempatan.

    Keindahan suaranya yang sarat emosi telah memberi peluang beliau untuk merakam semula lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain.

    Namun baru-baru ini industri tanah air dikejutkan apabila penyanyi Datuk Hattan mengumumkan bahawa beliau mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan.

    Mengutip laporan penuh Harian Metro, Datuk Hattan mengumumkan bahawa hasrat untuk bersara daripada dunia nyanyian sudah lama difikirkan dan ini adalah masanya yang terbaik untuk melakukannya.

    “Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).

    “Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu,” katanya.

    Hattan juga menyatakan bahawa pengunduran beliau akan berlaku selepas konsert yang akan diadakan pada bulan Jun nanti, walaupun perbincangan untuk konsert masih berjalan.

    “Saya sudah mencapai apa yang saya mahukan, sekarang giliran orang lain. Saya sudah beraksi bersama ‘sifu’ saya. Saya sudah mengadakan konsert saya. Jadi apa lagi yang saya ingin capai,” katanya.

    Difahamkan selain daripada nyanyian, Hattan juga terlibat secara langsung dalam perniagaan yang sudah lama beliau ceburi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts