Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tak Rasa Saya Seksi Pun, Macam Okay Je’ – Elly Arifin

    ‘Saya Tak Rasa Saya Seksi Pun, Macam Okay Je’ – Elly Arifin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengacara Elly Ariffin akui dia terbuka menerima segala teguran dan nasihat yang diberikan kepadanya secara positif.

    ‘Seksi ke? Saya rasa macam okay je’

    Ketika ditemui , Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, berkata, dia tidak merasakan dirinya berpakaian mencolok mata seperti yang didakwa ramai.

    Seksi ke? Saya rasa macam okay je.

    Saya tak rasa saya seksi pun. Ia terpulang kepada individu yang menilai. Semua pendapat adalah subjektif.

    Walau bagaimanapun, pelakon drama bersiri Malang Si Puteri ini akui tidak mengambil hati sebaliknya mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap teguran dan nasihat yang diberikan oleh orang ramai.

    Saya nak berterima kasih kepada mereka yang prihatin. Mereka yang berikan nasihat pun, saya sangat hargai.

    Apa sahaja yang kita kongsikan di laman sosial, pastinya ada teguran, sama ada negatif atau positif. Saya ambil semua komen sebagai pengajaran. Saya ambil perkara positif untuk kebaikan saya di masa akan datang.

    Dalam pada itu, Elly manafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa penampilannya berubah semenjak statusnya kembali solo.

    Lepas geram selepas kembali solo? Pada saya, biasa je. Penampilan saya sama sahaja, sebelum solo atau selepas solo. Mungkin sebelum ini, ramai orang tidak mengenali saya ketika saya bertugas sebagai wartawan dan pengacara.

    Kini, rezeki saya lebih dalam bidang lakonan dan orang ramai semakin mengenali saya dan berkata sebegitu, sedangkan penampilan saya sama sahaja.

    Untuk rekod, Elly pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016 bersama pelawak, Jiggy namun bercerai pada Januari 2020.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Tempoh Tahanan Reman Suami Isteri Pempengaruh, Dua Individu Dilanjutkan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts