Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tak Setuju Nama Mira Filzah Tersenarai’

    ‘Saya Tak Setuju Nama Mira Filzah Tersenarai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

    Bukan sahaja artis luar negara, gerakan tersebut turut dilakukan netizen tempatan dengan menyenaraikan beberapa orang artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

    Netizen tak setuju Mira Filzah tersenarai

    Terbaharu, seorang pengguna aplikasi X yang dikenali sebagai Nabilla meluahkan rasa tidak setujunya dengan segelintir wargamaya yang turut menyenaraikan nama pelakon, Mira Filzah.

    Menurut Nabilla, Mira Filzah merupakan selebriti tempatan yang tidak henti-henti memuat naik hantaran mengenai kejadian yang berlaku terhadap saudara Islam di Palestin.

    Saya tak setuju nama Mira Filzah tersenarai. Dia tak pernah henti muat naik segala isu melibatkan kejadian yang berlaku di Palestin.

    Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan ciapan yang ditulis Nabilla.

    Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

    Antara artis tempatan yang disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts