Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil memberikan penjelasan selepas didakwa mempromosikan barangan yang berkaitan dengan Israel.
Jelas Daiyan menerusi Insta Stories, setiap individu mempunyai ujian dan cara yang tersendiri serta tampil memohon maaf jika caranya tidak bertepatan dengan kemahuan orang ramai.
“Alllah tahu, setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing. Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.”-jelas Daiyan
“Saya Terima Segala Kecaman…”
Tambahnya lagi, dia menerima segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya dan menegaskan bahawa dia tidak pernah melupakan saudara-saudaranya di Palestin.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya , kerana itulah yang paling penting sekali.
Ini cara saya yang termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestin.”-tulis Daiyan
Dalam pada itu, Daiyan turut dilihat memuatnaik beberapa bukti resit sumbangannya kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.
“Satu lagi, saya tak pernah berhenti berkongsi mengenai Palestin, Saya konsisten post setiap bulan, anda boleh cek pada IG highlight saya.
Mungkin kadang-kadang saya lalai. Terima kasih mengingatkan saya. Saya menghargainya.”-tambah Daiyan
Apa komen anda?