Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Terpaksa Bersalin Secara Czer Sebab Apendiks Pecah’ – Puteri Aishah

    ‘Saya Terpaksa Bersalin Secara Czer Sebab Apendiks Pecah’ – Puteri Aishah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Puteri AishahPuteri Aishah

    Pelakon Puteri Aishah mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.

    Artikel  Berkaitan: [VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea

    Apendiks pecah

    Puteri AishahPuteri Aishah

    Menerusi video temu bual di TikTok Nona, pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman, 30, berkata, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.

    Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.

    Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus melahirkan.

    Dalam pada itu, Puteri berkata, dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran lakonan memandangkan usia anaknya masih kecil dan perlu dipantau rapi.

    Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.

    Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.

    Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon.

    Berkongsi mengenai pemilihan nama, Puteri berkata, dia dan suami sepakat memilih nama Muhammad Faliq kerana membawa makna yang baik.

    Nama Faliq Firdaus saya yang pilih, Faliq membawa maksud cahaya. Ada berbincang dengan suami fasal nama itu, kemudian dia buat carian dan akhirnya dia pun setuju.

    Sekadar info, Puteri mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati bernama Firdaus pada November 2021.

    Terdahulu, pasangan itu mengumumkan berita kehamilan ketika bercuti di Korea Selatan pada tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Ernie Zakri Bakal Mengadakan Konsert Sulung Pada 25 Januari Tahun Depan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts