Penyanyi Hael Husaini menafikan dirinya enggan didekati media sejak kebelakangan ini.
Tidak pernah lari
Memetik laporan BH Online, Hael tampil menjawab mengenai dakwaan dirinya sukar ditemu bual media setiap kali hadir mana-mana acara. Menurut pelantun suara ‘Jampi’ itu, dia sering memberi kerjasama kepada rakan media dan tidak pernah melarikan diri.
Tambah Hael, ada masanya dia perlu bergegas pulang selepas menghadiri acara kerana terikat dengan undangan nyanyian dan komitmen yang lain.
Saya tidak pernah lari. Misalnya, pada sidang media sebuah program baru-baru ini, saya kena balik sebab ada ‘show’.
Kalau tidak terikat dengan jadual lain, saya tiada masalah untuk ditemu bual.
Disoal mengenai perkembangan terkini, Hael berkata, dia sedang dalam perancangan untuk menghasilkan album Antonim bahagian kedua.
Terkejut dengan sambutan diterima daripada bahagian pertama album itu, saya mengaku tertekan dalam memilih lagu. Kami mungkin muatkan antara lapan hingga 10 lagu. Ada banyak pilihan cuma hendak pilih yang paling sesuai.
Ujar Hael lagi, dia sedang menghasilkan lagu untuk penyanyi lagenda. Namun, dia enggan mendedahkan siapa penyanyi terbabit.