Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Tidak Akan Membantu” – Mas Idayu Tetap Dengan Pendirian Dengan Masalah...

    “Saya Tidak Akan Membantu” – Mas Idayu Tetap Dengan Pendirian Dengan Masalah Kewangan Aman Graseka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini Aman Graseka atau nama sebenar, Aman Shah Baharom Shah dan isteri, Reena Arina tular berikutan dakwaan sering meminta bantuan kewangan daripada rakan artis.

    Aman Graseka Tampil Beri Penjelasan

    via Instagram Aman Graseka

    Atas kejadian tersebut baru-baru ini Aman Graseka tampil dengan menafikan meminta wang daripada mana-mana individu melainkan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan rapat sahaja

    Terbaru bekas isteri Aman Graseka, iaitu penyanyi dangdut, Mas Idayu menasihatkan orang ramai tidak mudah menghulurkan bantuan kepada pelakon itu tanpa mengetahui kisah sebenar di sebalik kontroversi tercetus.

    Peminat Perlu Lebih Berwaspada

    Mas Idayu berkata peminat perlu lebih berwaspada kerana belum ada kepastian mengenai kesahihan kepayahan yang dikatakan dilalui Aman seperti yang diperkatakan.

    Kepada orang luar, usah mudah memberi kalau tidak pada saluran yang betul.

    Kalau fikir logik, dia (Aman) sepatutnya minta daripada anak atau saudara-mara.

    Kenapa pula hendak meminta-minta daripada orang ramai dengan cara begini.

    Sukar Untuk Memberikan Bantuan

    via Utusan

    Mengenai pendiriannya terhadap situasi yang dialami aktor itu, tanpa Mas Idayu mengakui sukar untuknya membantu Aman biarpun pernah hidup bersama.

    Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya tolong.

    Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini, mungkin saya boleh bantu.

    Dalam keadaan sekarang, anak saya yang sepatutnya membantu.

    Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun, anak saya tidak dapat hubungi bapanya itu.

    Sekadar rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Nur Dayini Asyiqa sebelum bercerai pada 2007.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts