Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tidak Menghasilkan Video atau Podcast, Itu Hanya Gambar..Jangan Menfitnah’ – Hot...

    ‘Saya Tidak Menghasilkan Video atau Podcast, Itu Hanya Gambar..Jangan Menfitnah’ – Hot Daddy

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Individu yang didakwa bagi kes pensundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung dakwaan dijemput ke podcast Bros Gang TV (BGTV).

    ‘Itu hanyalah gambar sahaja..’

    Menerusi perkongsian di TikTok, Hot Daddy atau nama sebenarnya Ikhwan Arif Zul Hasli tampil menafikan tuduhan netizen yang mendakwanya menjadi tetamu undangan di podcast Bros Gang TV (BGTV).

    Saya dan Bros Gang memang kami tak ada buat sebarang video atau podcast seperti orang nyatakan. Itu hanyalah gambar sahaja, saya dan mereka berkawan. Mereka jemput saya, ajak lepak dan main game.

    Jadi janganlah korang semua nak memberi andaian atau fitnah benda tanpa kesahihan. Bila benda yang tiada bukti, tanpa kesahihan dah jatuh fitnah.

    Sementara itu, bapa kepada tiga orang anak itu meminta orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah sedangkan tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan mereka menyokong perlakuan zina.

     Janganlah disebabkan gambar tu, korang sewenang-wenangnya nak cakap mereka menyokong zina dan sebagainya. Gambar tu tak ada pun unsur-unsur tak elok.

    Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen menitipkan doa agar Ikhwan diberi keinsafan dan menjadi insan yang lebih baik kelak.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts