Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Tidak Seperti Orang Lain Yang Dapat Mimpi Dibakar Sebelum Pilih Untuk...

    ‘Saya Tidak Seperti Orang Lain Yang Dapat Mimpi Dibakar Sebelum Pilih Untuk Bertudung’ – Raja Azura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelawak Raja Azura, memberitahu dia mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah haji, pada bulan Julai lalu.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Bukan Raja Azura Yang Kahwin Rupanya…

    Sudah sampai waktu

    Menurut Raja Azura, dia memakai tudung bukan kerana mahu kelihatan cantik sebaliknya, kerana Allah. Tambah pelakon drama ‘Iskandar Chempaka’ ini lagi, perubahan tersebut dilakukan atas pilihan sendiri.

    Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

    Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya.

    Berbicara lebih lanjut, Raja Azura berkata, dia sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini. Oleh sebab itu, dia berharap peminat dan orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik kepada individu lain yang masih belum bertudung.

    Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk. Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.

    Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.

    Jadi kita kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Mahu Jemput Rizky Febian Dan Mahalini Buat Persembahan Di Wedding, Leona Bergurau Umum Bakal Kahwin
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts