Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Tidak Tahu Apa Kesilapan Saya”- Sophia Albarakbah Mengadu Masih Terus Menjadi...

    “Saya Tidak Tahu Apa Kesilapan Saya”- Sophia Albarakbah Mengadu Masih Terus Menjadi Mangsa Buli Siber Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun skandal cinta telah berlalu dan kontroversi yang merosakkan reputasinya sudah hilang, pelakon Sophia Albarakbah tetap menjadi sasaran buli segelintir netizen di media sosial.

    Sophia yang kini bingung memikirkan kesilapan yang dilakukan sehingga terus-menerus dibenci dan dibuli dengan komen-komen kesat, akhirnya bersuara mengenai penderitaannya.

    “Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya,” kata Sophia.

    “Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.”

    Bintang filem Miimaland itu mengakui bahawa meskipun cuba menahan kesakitan emosi akibat komen-komen negatif, ia tetap meninggalkan kesan.

    “Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” tambahnya. Sophia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terus membulinya di media sosial.

    “Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan. Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini.”

    Sophia turut menitip pesanan kepada netizen agar mempunyai rasa empati sebelum meninggalkan sebarang komen terhadap mana-mana pihak di media sosial.

    “Setiap perkataan negatif yang ditinggalkan akan memberi kesan yang buruk kepada emosi dan mental seseorang. Saya tak tahu kenapa ada netizen yang berani bertindak (tulis komen negatif), namun apa-apa pun alasan, harap mereka berhenti kerana perkara sebegitu tidak baik pun.”

    Pelakon itu menekankan bahawa buli siber bukan perkara remeh kerana ia mampu membawa kepada sesuatu yang lebih serius, terutama terhadap kesihatan mental dan kestabilan emosi seseorang.

    “Kalau orang mental tak kuat, memang akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” jelasnya yang turut bertemu pakar terapi untuk menangani kemurungan selepas dikecam hebat.

    Sebelum ini, nama Sophia menjadi sasaran netizen apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi, Aliff Aziz.

    Walaupun skandal tersebut telah berlalu, kesan negatif dari tuduhan tersebut masih menghantui Sophia, membuatkan dia terus dibuli tanpa henti.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts