Proses tuntutan saman pelakon, Puteri Sarah Liyana ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan berakhir dengan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat, hari ini.
Berikutan daripada itu, Wiwi perlu melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini.
Mohon maaf
Terbaru, di Instagram, Wiwi telah memuat naik satu posting permohonan maaf terhadap Puteri Sarah.
Menerusi posting tersebut, Wiwi dengan rendah diri menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah di atas kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya sebelum ini.
Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.
Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.