Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Yakin ‘Malam Graduasi’ Bakal Menyatukan Penonton”- Melly Goeslow Bakal Gegarkan Axiata...

    “Saya Yakin ‘Malam Graduasi’ Bakal Menyatukan Penonton”- Melly Goeslow Bakal Gegarkan Axiata Arena Pada 1 Jun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Melly Goeslow, penyanyi dan komposer yang disegani di Indonesia, kembali memperlihatkan keunikannya dengan merancang konsert terbaru yang mengusung konsep ‘Malam Graduasi’. Pemilihan konsep ini bukanlah tanpa sebab, kerana bagi Melly, konsert bukan sekadar pertunjukan, tetapi juga peluang untuk menyatukan dirinya dengan peminat yang setia.

    Dalam satu kenyataan di sidang media, Melly Goeslow berkongsi rasa gembira dan keghairahan beliau dalam mewujudkan konsert yang berbeza dari sebelum-sebelumnya. Konsep ‘Malam Graduasi’ yang diusungnya bukan sekadar sekumpulan lagu yang dinyanyikan secara berurutan, tetapi lebih kepada perjalanan emosi dan pengalaman yang ingin dikongsi bersama peminat.

    Elemen penting dalam konsep graduasi ini adalah penglibatan penuh penonton. Melly berharap agar setiap peminat dapat merasai bahagia dan keceriaan sepanjang konsert. Beliau ingin mencipta suasana di mana semua orang merasa seperti berada di sebuah sekolah muzik ketika konsert.

    “Melly sukakan konsert dengan konsep yang unik kerana ia akan menyatukan diri Melly dengan peminat. Penonton harus terlibat, saya ingin semua terlibat. Saya mahukan setiap individu di dalam auditorium merasai pengalaman bersama, seolah-olah kita berada dalam satu kelas graduasi yang penuh kegembiraan,” katanya lagi.

    Mengenai senarai lagu, Melly Goeslow masih enggan untuk memberikan maklumat yang pasti pada masa ini, tetapi beliau memberi petanda bahawa akan melibatkan lebih dari tiga artis undangan untuk berkolaborasi dalam konsert tersebut. Ini menambahkan elemen kejutan dan kepelbagaian dalam persembahan, serta memberi peminat peluang untuk menikmati gabungan suara dan bakat yang berbeza.

    Suami Melly Goeslow, Anto Hoed memberikan gambaran menarik mengenai konsert terkini isterinya. Menurutnya, konsert kali ini akan memberikan pengalaman yang berbeza, dengan kehadiran penyanyi tambahan dan sentuhan muzik yang lebih besar. Dalam satu kenyataan eksklusif, Anto mendedahkan bahawa kali ini, mereka bercadang untuk memberikan sesuatu yang lebih spektakular kepada peminat.

    “Kita ingin memberikan pengalaman yang lebih spektakular. Muzik akan lebih besar, jika dulu lebih intim namun kali muziknya lebih besar sesuai dengan loksainya” katanya.

    Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan. Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp). Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts