Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Yakin Mungkin Ada Unsur-Unsur Jin” – Isteri Dedah Tenaga Yang Diperoleh...

    “Saya Yakin Mungkin Ada Unsur-Unsur Jin” – Isteri Dedah Tenaga Yang Diperoleh oleh M. Nasir Ketika Konsert Cipta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa Konsert Cipta Datuk M Nasir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil sebelum ini berjaya memukau seramai 8,000 penonton.

    Berjaya Memukau 8000 Orang

    via Fecebook Anwar Ibrahim

    Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu juga disemarakkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Pada konsert yang bermula jam 9 malam itu, M Nasir menghiburkan penonton dengan rangkaian lebih 20 lagu ciptaannya termasuk secara medley dengan iringan barisan pemuzik dan penyanyi latar.

    Bukan sahaja membawakan rangkaian lagu dari album solo miliknya, M Nasir menghiburkan ribuan penonton dengan lagu-lagu ciptaan magisnya untuk kumpulan Search, Alleycats, Awie, Seha, BPR, Kristal, Def Gab C dan Rahim Maarof.

    Sesiapa yang hadir pasti akan terpukau dengan tenaga yang telah diberikan oleh M Nasir kepada penonton pada malam itu.

    Sesi Temubual Bersama Isteri M Nasir

    Satu perkongsian video dari Instagram Sinar dalam sesi temuabual bersama isteri M Nasir, Datin Marlia Musa telah menjadi perhatian oleh warga net.

    Dalam video tersebut, Marlia menjelaskan kepada umum bagaimana tenaga yang diperoleh oleh M Nasir dan memberikan kesan kepadanya selaku isteri.

    You tak penat ke? Your body akan bagitahu you dan penat jadi you tahu dah exceed certain hours you beraksi di atas pentas.

    Tapi saya yakin, Datuk ini dapat tenaga daripada audience.

    Isteri Bergurau Mengenai Tenaga Yang Diberoleh Oleh M Nasir

    via Fecebook Anwar Ibrahim

    Malah Marlia juga menyatakan bahawa sebelum melakukan konsert, M Nasir akan menjaga dari segi kesihatan, pemakanan dan juga tidurnya.

    Orang tanya saya apa dia makan, dia akan makan multivatimin especially ketika hendak melakukan persembahan ini kita akn jaga kesihatan, makan, tidur, tapi come on 3 jam setengah dan dia tak berhenti melompat.

    Jadi saya yakin sebenarnya mungkin ada unsur-unsur jin ke.

    Sambil bergurau dan berseloroh, Marlia turut menyatakan mungkin tenaga yang diperoleh oleh M Nasir berkemungkinan ada unsur-unsur jin ataupun mistik.

    ALSO READ:  Boleh Ke ‘Overuse’ Pelembap Sehingga 10x Sehari Macam Aktres Elizabeth Hurley?- Ini Kata Pakar

    Kenyataan tersebut telah menjadikan situasi temubual tersebut gamat dan mereka terhibur dengan apa yang dikatakan oleh Marlia.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts