Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Sayang Untuk Selamanya Anak Sulungku”- Ibu Zayn Rayyan Kongsi Momen Terakhir Anaknya

    “Sayang Untuk Selamanya Anak Sulungku”- Ibu Zayn Rayyan Kongsi Momen Terakhir Anaknya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kata orang, ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’!

    Ibu kanak-kanak autisme yang menjadi mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, hari ini berkongsi kenangan terakhir berjalan-jalan dengan anak sulungnya pada 4 Disember lalu, sehari sebelum anaknya dilaporkan hilang.

    Melalui hantaran di Instagram dan Facebook, Ismanira Abdul Manaf, 28, memuat naik tujuh potret mereka sekeluarga termasuk suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, serta Zayn Rayyan dan adiknya ketika mereka berkunjung ke sebuah pusat beli belah.

    Menerusi hantaran itu, Ismanira seakan-akan mahu meluahkan kerinduan terhadap Zayn Rayyan dengan mengimbas kenangan mereka bersama di saat mereka sekeluarga gembira menghabiskan masa bersama.

    “Waktu ni Isnin minggu lepas, 4 Disember, ni last (kali terakhir) mommy dan daddy dapat bawak abang jalan-jalan. Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan.

    “Dapat pusing-pusing mall (pusat beli belah), makan-makan tu memang happy (gembira) sangat sangatlah dua beradik ni.

    “Happy (gembira) sangat abang waktu ni, mommy daddy dan adik pun happy waktu ni.. tak sangka ini moment (saat) happy terakhir kita, mommy abadikan kat sini ya,” tulisnya pada kapsyen pada hantaran berkenaan.

    Menerusi Facebook, Ismanira turut berkongsi semula hantaran ‘surat cinta dari ibu’ yang dimuat naik pada 10 Mei 2022 bersama sekeping gambar Zayn Rayyan.

    Menerusi hantaran itu, Ismanira menggambarkan kehadiran Zayn Rayyan sebagai anak sulung banyak mengubah hidupnya.

    “Sayang untuk selamanya anak sulungku, Zayn Rayyan,” katanya.

    Zayn Rayyan, 6 tahun, disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

    Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anjing pengesan Polis Diraja Malaysia membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

    ALSO READ:  Pasukan forensik polis ambil sampel di rumah keluarga Zayn Rayyan

    Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, kira-kira 200 meter dari kediamannya sekitar jam 10 malam.

    Kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts