Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentScha Al Yahya Kenang Arwah Ibu, Rakan Selebriti & Netizen Titip Kata...

    Scha Al Yahya Kenang Arwah Ibu, Rakan Selebriti & Netizen Titip Kata Semangat!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ibu kepada pelakon, Scha Al Yahya iaitu Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Disember laludi Hospotal Pantai, Kuala Lumpur kerana serangan jantung.

    Seminggu berlalu, Scha menerusi hantaran di Instagram menyatakan bawa tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kehilangan ibunya yang telah memberikan kasih sayang dan erti kekuatan.

    “Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya nak ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan Scha kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

    Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat, dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini. Semangat yang diberikan mengingatkan Scha tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah binti Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya.”-kongsi Scha di Instagram

    Perkongsian Scha dibanjiri dengan komen netizen serta rakan selebriti yang rata-ratanya memberikan ucapan takziah serta menitipkan doa buat Allahyarhamah ibunya.

    “Mama is always with you, forever. You remind me so much of her, your face, your hands, your empathy, your kindness, your spirit and your thinking is so much like her. Be strong and we will take this one step at a time. Al-Fatihah.”-Awal Ashaari

    “Salam takziah Scha, semoga Allahyarhammah ditempatkan bersama orang – orang beriman di taman taman syurga 🤲🏻.”-Rozita Che Wan

    “Innalillahiwainnailaihirojiun, Salam takziah buat kak Scha sekeluarga 😢🤲🏻.”-Azfar Heri

    “Innalillahi wainnailaihiroji’un.. Salam Takziah , semoga Arwah ditempatkan bersama insan terpilih disana..”-Datuk Seri Siti Nurhaliza

    Sama-sama kita doakan agar roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts