Pelakon Scha Alyahya berasa terkilan dan menyelar tindakan segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga ada yang bertindak mengugut penyanyi Naim Daniel berhubung isu gerakan #Blockout2024.
Fitnah wujud persepsi buruk
Menerusi hantaran di Instagram Story, Scha memuat naik semula sebuah artikel mengenai Naim yang terpaksa membuat laporan polis berikutan menerima ugutan bunuh ibu bapanya disebabkan isu tersebut.
Fitnah-menfitnah, permusuhan, dengki-mendengki, mewujudkan persepsi buruk, itulah realitinya.
Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik. Jangan bersifat personal. Sekarangkan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana sini.
Pada hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia juga akan mengambil langkah sama sekiranya berdepan situasi yang sama dengan pelantun lagu Sembah itu.
Periksa hati masing masing. Sebab saya pun tak akan teragak-agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi yang sama macam ni.
Terdahulu, Scha dan Naim antara selebriti yang tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 selepas didakwa terlibat atau pernah bekerjasama dengan jenama yang berkaitan Israel.
Susulan itu, Naim mengenaskan dia tidak pernah menerima tajaan barangan jenama yang berkaitan dengan Zioniz. Tegasnya, dia juga tidak pernah melupakan tentang pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin.
Sementara itu, Scha juga sudah kehilangan lebih 100,000 pengikut di Instagram gara-garam gerakan #Blockout2024.