Teka teki mengenai dakwaan Scha Elinnea melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian muka akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut mengaku berbuat demikian bagi memiliki wajah yang sempurna.
Cuba perbaiki diri
Menurut Scha, dia melakukan perubahan tersebut bagi meningkatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi untuk berkasi di hadapan kamera.
Tidak salah untuk kita buat benda yang buat rasa lebih baik. Sudah semestinya ada (perubahan wajah) tetapi ini tentang diri saya.
Kalau nak menaikkan keyakinan diri, mengapa tidak. Asalkan tak kacau orang dan bila tengok cermin ‘aku rasa aku cantik hari ini’.
Disoal mengenai tatu di bahagian badan pula, Scha, atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, berkata, dia enggan memberi komen mahupun bercakap mengenai soal itu.
Bagi orang yang tanya pasal tatu di badan saya pula, saya rasa lebih baik tidak jawab. Mungkin semua orang pernah buat silap pada masa silam. Saya pun banyak buat silap dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik.
Tambah Scha, dia menerima komen netizen dengan hati yang terbuka. Bahkan, anak jati Kedah ini menganggap setiap komen tersebut sebagai teguran yang boleh dijadikan pengajaran untuk masa akan datang.
Saya tidak boleh tutup mulut orang, sesiapa bagi positif atau negatif komen saya berterima kasih sebab kadang-kadang boleh bagi kesedaran buat saya. Saya tidak ambil hati pun. Mungkin orang lain punya pandangan begitu, ada orang buat baik pun tetap dipandang buruk.
Sebelum ini, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja menyedari perubahan wajah Scha berbanding sewaktu awal kemunculan di dalam industri.
Netizen mendakwa, pelakon ‘Hati Tanpa Rasa’ itu melakukan beberapa perubahan di wajahnya. Bukan itu sahaja, netizen turut terkejut melihat tatu pada beberapa bahagian badan Scha. Sehingga kini, mereka tidak pasti sama ada tatu tersebut kekal ataupun jenis pelekat.