Suara Malaysia
Thursday, January 30, 2025
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
HomeEntertainmentScoot Umum Destinasi Terbaharu, Singapura Ke Vienna, Austria Serendah RM849

Scoot Umum Destinasi Terbaharu, Singapura Ke Vienna, Austria Serendah RM849

-

Fly AirAsia from Kuala Lumpur

Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah milik Singapore Airlines (SIA), baru-baru ini mengumumkan dua destinasi baru dalam rangkaian penerbangannya.

Mulai 3 Jun 2025, mereka akan menawarkan penerbangan terus ke Vienna, Austria, tiga kali seminggu, menggunakan Boeing 787-8 Dreamliner. Selain itu, penerbangan ke Bandar Iloilo, Filipina, akan bermula pada 14 April 2025, dengan dua penerbangan seminggu, meningkat kepada empat penerbangan seminggu pada Jun 2025, menggunakan pesawat Embraer E190-E2.

Vienna, Austria

Vienna, yang dikenali sebagai “Bandar Muzik,” adalah destinasi impian untuk peminat seni dan muzik klasik, dengan daya tarikan seni bina dan budaya yang kaya. Bandar ini juga merupakan pintu masuk yang ideal untuk mengexplorasi Eropah Timur, dengan beberapa bandar utama yang berdekatan seperti Bratislava dan Budapest. Sementara itu, Bandar Iloilo di Filipina menawarkan gabungan budaya dan keindahan sejarah, termasuk gereja era Sepanyol dan Festival Dinagyang yang terkenal, menjadikannya destinasi menarik untuk percutian singkat.

Leslie Thng, CEO Scoot, berkongsi bahawa pelancaran penerbangan terus ke Vienna dan Iloilo adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memperluaskan rangkaian dan menawarkan lebih banyak pilihan destinasi pada harga berpatutan.

Leslie Thng, CEO Scoot

Penerbangan terus ke Vienna menjadikan Scoot satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan bandar tersebut. Selain itu, penerbangan ke Iloilo juga memberikan peluang kepada pelanggan untuk menerokai lebih banyak bandar di Asia Tenggara.

Tiket penerbangan ke Vienna bermula dari MYR849 (kelas ekonomi), manakala ke Iloilo bermula dari MYR319. Penerbangan ini sudah boleh ditempah melalui laman web Scoot atau aplikasi mudah alih. Scoot juga mengumumkan penamatan penerbangan ke Berlin dan Jinan pada Februari dan Mac 2025, dengan pelanggan yang terjejas akan dihubungi untuk bantuan tempahan atau bayaran balik.

ALSO READ:  [VIDEO] Fasha Sandha Menangis Fazura Mahu Cerai – ‘Dia Bagi Baju Raya 20 Pasang Ketika Saya Jadi Ibu Tunggal’

Related articles

ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

Subscribe to Newsletter

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

Latest posts