Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSean Lee Dan Adeline Tsen Antara Selebriti Yang Turut Mengucapkan Tahniah Atas...

    Sean Lee Dan Adeline Tsen Antara Selebriti Yang Turut Mengucapkan Tahniah Atas Kelahiran Bayi Justin Bieber

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 9 Mei lalu, Justin dan Hailey berkongsi berita kehamilan mereka di Instagram dengan video berinspirasikan filem bersama pembaharuan ikrar perkahwinan mereka.

    Teruja Memulakan Kehidupan Baharu

    Penyanyi yang juga pemenang anugerah Grammy dan pengasas Rhode sememangnya sangat teruja untuk memulakan kehidupan keluarga sejak mereka mengikat tali pertunangan pada 2018.

    Berita mengenai kehamilan itu disambut positif oleh peminatnya di seleuruh dunia dengan ada yang menyatakan bahawa tidak sabar untuk menuggu kelahiran bayi tersebut.

    Terbaru pada sabtu, pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey ada memuat naik satu hantaran gambar di Instagram milik mereka.

    Dalam gambar itu, Justin berkongsikan kepada umum berita gembira apabila isterinya selamat menimang cahaya mata sulung.

    Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

    via Instagram Justin Bieber

    Menerusi perkongsian di Instagram, Justin dan Hailey memuat naik gambar telapak kaki anak mereka yang baru sahaja dilahirkan.

    Malah mereka juga memaklumkan bahawa mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Jack Blues Bieber.

    Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber

    Berita kelahiran tersebut telah mendapat perhatian dari seluruh dunia. Melihat diruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah termasuklah selebriti daripada pelbagai negara termasuklah beberapa selebriti dari Malaysia.

    Ataranya adalah Sean Lee dan juga Adeline Tsen yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

    Sehingga ke saat ini, sebanyak 13 juta tanda ‘like’ telah diterima menerusi gambar tersebut.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts