Momen pelakon dan pengacara, Sean Lee meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, Bay Doucet telah mencuri perhatian warganet.
Raikan isteri tercinta
View this post on Instagram
Berikutan kekangan kerja yang tidak dapat dielak, Sean atau nama lengkapnya Sean Lee Jia Ern terpaksa menyambut hari lahir Doucet tanpa persiapan yang istimewa.
Bagaimanapun, aktor berusia 30 tahun itu tetap merasa bahagia dengan kehadiran isteri tercinta.
Malangnya hari jadi isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini tapi di mana sahaja berada dengan awak semuanya lima bintang.
Terima kasih sebab hadir dalam hidupku!
Mereka dilihat menghabiskan masa bersama dengan berjalan-jalan di Raub, Pahang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengambil gambar di sekitar pekan tersebut selain menikmati durian dan ‘steamboat’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi cara pasangan itu meraikan ulang tahun kelahiran tanpa perlu bermewah-mewahan.
Suka la tengok mereka, simple je tapi sweet and just perfect.
Simple tu yang akan dingati oleh isteri. Isteri ni tak mengharap lebih dari suami, cukup dihargai pun dah bersykur.
Comelnya, simple but memorable.
Terdahulu, Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Doucet di IG sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.