Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSebagai Penutup Bersama Wany Hasrita, Pihak Syarikat Telah Lancarkan Single Terakhir :...

    Sebagai Penutup Bersama Wany Hasrita, Pihak Syarikat Telah Lancarkan Single Terakhir : Noktah Rindu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jika diimbas kembali Wany Hasrita bersama FMC Music, dia memulakan kerjaya nyanyian secara serius bermula sejak 2016.

    Imbau Kembali Kenangan Bersama FMC

    via FMC

    Diperkenalkan melalui lagu duet MEMORI BERKASIH (versi baru) duet bersama penyanyi berasal dari Korea Selatan –  Kim Dong Gyun.

    Nama beliau mula terukir di hati peminat apabila lagu Menahan Rindu meledak di semua radio dan viral di laman laman sosial sehingga melayakkan lagu ini ke Anugerah Juara Lagu 32.

    BINTANG PALING POPULAR di ABPBH 31 – 2018  merupakan pencapaian tertinggi Wany Hasrita  bersama FMC Music.

    Sepanjang hampir 8 tahun bersama FMC Music Wany Hasrita telah menghasilkan 10 buah lagu solo (termasuk Noktah Rindu), 10 buah lagu duet, 6 lagu Raya Aidilfitri dan 3 buah lagu duet cover termasuk BAKAWALI duet bersama Dato’ Jamal Abdillah.

    Kejayaan melangkah ke Anugerah Juara Lagu untuk beberapa kali merupakan penanda aras bahawa Wany hasrita bukanlah artis yang datang dan pergi.

    Pihak Syarikat Melancarkan Single Terakhir

    via FMC

    Memiliki wajah yang cantik dan keperibadian yang menarik merupakan satu anugerah melengkapkan lagi pakej pemilik nama Wany Hasrita.

    Namun perjuangan harus diteruskan. Sebagai penutup Kerjasama FMC Music bersama Wany Hasrita, pihak syarikat telah melancarkan single terakhir berjudul Noktah Rindu .

    Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya Goufran dan Ibnu ini merupakan lagu balada cinta yang pastinya akan menjadi siulan penggemar muzik lagu – lagu cinta.

    Lagu Noktah Rindu ini telah dilancarkan secara rasmi di YOUTUBE FMC Music dan seluruh laman sosial digital dan radio mulai 22hb Ogos 2024.

    FMC juga sangat yakin Noktah Rindu ini pasti meletop seperti lagu Menahan Rindu. Kerana lagu balada begini merupakan genre yang paling tepat untuk Wany Hasrita.

    ALSO READ:  [VIDEO] Telatah Adik Amaar Curi Perhatian Tunku Azizah

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts