Pelakon, Saharul Ridzwan berkongsi rasa hiba terhadap dirinya yang terpaksa dirawat di sebuah hospital di ibu kota pada hari lahir isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir, semalam.
Saharul menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa isterinya terpaksa berulang-alik menjaganya di hospital selain menguruskan anak-anak mereka di rumah.
“Hari ni birthday isteri aku. Kesian dia, ulang-alik jaga aku kat hospital sambil uruskan anak-anak di rumah. Sebagai suami, hati ni rasa berat, sebab dia layak sambut hari ni dengan senyuman dan rehat,
bukan dengan beban tambahan. Tapi aku sedar, Allah bagi aku peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia.”-kongsi Saharul
View this post on Instagram
Kesihatan Nikmat Tidak Ternilai
Tambahnya lagi, dia tidak menyangka akan dimasukkan ke hospital yang berdekatan rumahnya itu. Namun, pelakon drama Hati Perempuan ini belajar bahawa nikmat kesihatan itu sememangnya tidak ternilai.
“Dulu, tiap kali lalu tepi hospital ni, aku cuma pandang sepintas lalu. Dekat je, 5 minit dari rumah. Tak pernah terlintas aku akan “check in” sini.
Tapi hari ni, aku ada di sini, dan ujian ni buat aku belajar sesuatu, nikmat kesihatan tu memang tak ternilai. Bila Allah tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti.-“tulis Saharul lagi
Sekadar info, Saharul Ridzwan mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada September 2016.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra, dan Khadijah Alkubraa.