Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSebak! Khai Bahar Kongsi Detik Terima Berita Pemergian Ibu-“Rasa Dunia Gelap Gelita..”

    Sebak! Khai Bahar Kongsi Detik Terima Berita Pemergian Ibu-“Rasa Dunia Gelap Gelita..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ujian menimpa penyanyi dan pelakon, Khai Bahar apabila ibu tersayang, Rosnah Mohamad telah pergi menghadap Ilahi, dua hari lalu.

    Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia dalam tidur adalah kerana pelbagai komplikasi pelbagai penyakit termasuklah sakit buah pinggang yang dihidapi sejak tahun lalu.

    Terkilan Tak Dapat Tatap Wajah Ibu Buat Kali Terakhir

    Khai Bahar menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia akui rasa terkilan tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.

    “Terima kasih yang mendoakan arwah mak saya. Rasa terkilan tak sempat tatap wajah mak kali terakhir. Baru minggu lepas balik jumpa dan sambut birthday mak. Tak sangka mak dah tak ada. Even adik, kakak, abang yang jaga hari-hari di rumah pun tak sangka yang mak akan pergi sekelip mata.

    Adik call saya dan masa tu saya baru nak makan. Bila dapat tahu je mak dah tak ada, terus rasa dunia gelap gelita seolah-olah macam sedang bermimpi. Kawan-kawan cuba tenangkan saya dan saya cuba sedaya upaya cari jalan untuk pulang ke perlis dari Langkawi.”-kongsi Khai Bahar di Instagram

    “Alhamdulillah Sempat Dapat Bahagiakan Mak Walau Sekejap…”

    Walaubagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun ini menitipkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya menerusi industri nyanyian dapat membahagiakan Allahyarhamah walaupun untuk seketika.

    “Mak suka sangat bunga, beg, gelang. Dulu masa susah, mak teringin macam-macam, tapi duit tak ada.

    Sekarang ada rezeki lebih Alhamdulillah sempat dapat bahagiakan mak walau sekejap, itu pun dia tak pernah minta benda-benda mahal. Pernah beli gelang emas, beg mahal, dia tak pandai pakai. Dia suka beg RM10.00 sebab banyak colour dan corak.”-kongsi Khai lagi

    Sekadar info, ibu kepada Khai Bahar meninggal dunia sekitar jam 10.40 malam di Kangar, Perlis. Jenazah juga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar pada Rabu.

    ALSO READ:  ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin

    Al-Fatihah…


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts