Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSebelum Berkahwin, Abang Gauri Khan Benci & Hampir Nak Bunuh Shah Rukh...

    Sebelum Berkahwin, Abang Gauri Khan Benci & Hampir Nak Bunuh Shah Rukh Khan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seperti yang kita sedia maklum; perbezaan agama di antara pasangan Bollywood Shah Rukh Khan dan Gauri Khan menjadi punca utama hubungan mereka ditentang.

    Gauri berasal daripada keluarga Hindu, manakala Shah Rukh Khan bepegang kepada ajaran agama Islam. DIsebabkan oleh perbezaan agama ini, hubungan mereka ditentang keras oleh ibu bapa dan abang Gauri.

    Foto – Reddit

    Dipetik daripada India Express, Gauri mendedahkan abangnya iaitu Vikrant Khan merupakan seorang lelaki yang sangat baik dan memiliki personaliti yang sangat santai. Tetapi setiap kali dia melihat Shah Rukh Khan, Vikrant akan berubah menjadi seorang yang bengis.

    Gauri turut mendedahkan abangnya sangat posesif terhadapnya. Malah Vikrant juga pernah memikirkan rancangan untuk membunuh Shah Rukh Khan setiap kali dia ‘menangkap’ aktor tersebut melihat Gauri.

    Foto – Hindustan Times

    “Dia (Vikrant Khan) akan menjerit ‘Saya akan belasah awak sampai mati, saya akan pukul awak’ setiap kali melihat Shah Rukh Khan”- Gauri Khan.

    Melihatkan ugutan Vikrant, Shah Rukh Khan tidak pernah membalasnya kerana dia adalah abang Gauri. Aktor ini hanya akan mengangguk dan berkata “Ya, ya apa sahaja yang kamu katakan”.

    Gauri memberitahu yang abangnya mengambil masa selama empat tahun untuk menerima Shah Rukh Khan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts