Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sebelum Ini Nasir Wahab, Ibnor Riza, Rohana Jalil & Sekarang Jaafar Onn’...

    ‘Sebelum Ini Nasir Wahab, Ibnor Riza, Rohana Jalil & Sekarang Jaafar Onn’ – Azizul Khamis Sebak Satu Persatu Kawan Baik ‘Pergi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemergian pengacara dan pelakon popular, Allahyarham Jaafar Onn turut dirasai oleh rakan seindustri iaitu penyanyi Datuk Azizul Khamis.

    Beri nasihat mengenai fesyen

    Ketika ditemui , Azizul berkongsi pengalaman dan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan bersama arwah.

    Menurut Azizul, Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang banyak membantu memberi nasihat mengenai fesyen supaya imejnya kelihatan cantik.

    Pengalaman saya dengan arwah sejak saya melancarkan album pada 1985. Saya orang baharu ketika itu dan tak ada baju, jadi arwah yang sediakan baju sebab arwah nak saya nampak elok dan cantik.

    Banyak arwah tolong saya, kami memang banyak kenangan bersama, saya juga selalu bergurau dengan arwah.

    Antara gurauannya adalah dia suruh saya pergi ke Singapura. Ketika arwah di hospital pun dia tetap bergurau perkara sama, tapi saya tak tahu apa ada di Singapura.

    Azizul berkata demikian ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, pada Rabu.

    Tambah Azizul, dia merancang untuk bertemu dengan Allahyarham Jaafar dua hari lalu, namun arwah tidak membenarkan kerana keadaan rumah yang tidak selesa.

    Meskipun terkilan tidak dapat berjumpa, Azizul berkata dia berpuas hati apabila dapat berbual panjang dengan arwah menerusi panggilan telefon.

    Sepatutnya dua hari lalu saya jumpa arwah, tapi dia tak bagi datang rumah dan suruh jumpa di Plaza Masalam, Shah Alam pada 6 April ini. Semalam baru dia ajak saya untuk pergi ke sana.

    Memang terasa pemergian arwah kali ini, bila tengok kawan-kawan kita pergi ia mengingat kita mengenai kematian. Sebelum ini Ibnor Riza, Nasir Wahab, Rohana Jalil, Maya Matahari. Saya terkilan tak dapat jumpa, tapi saya rasa puas sebab dapat berborak dengan dia melalui telefon.

    Walaupun tak dapat jumpa, dapat bercakap pun Alhamdulillah. Saya hendak minta maaf pada dia, tapi takut perkara itu sensitif sebab mungkin dia akan ingat sudah akan pergi.

    Ada baju-baju ‘coat’ yang dia bagi saya masih pakai untuk buat persembahan. Dia juga memang cerewet dalam ban penampilan.

    Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu.

    ALSO READ:  Ucapan Norman Hakim Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Lelaki Menuai Sebak, Netizen Memohon – ‘Doakan Agar Danish Satukan Kembali Keluarga Ini’

    Jenazah telah diuruskan di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

    Sebelum ini, kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts