Nama Ira Kazar kini kembali menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan dia dan pengarah terkenal Syamsul Yusof bakal berpisah.
Sedapnya!
Meskipun namanya menjadi perhatian ramai, Ira kelihatan seperti okey dan tiada masalah untuk melakukan aktiviti hariannya. Terbaru, Ira dilihat gembiara keluar bersama rakannya. Mereka menikmati pelbagai hidangan menarik semasa berkunjung di sebuah restoran yang dipercayai terletak di tengah ibu kota.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan cerai.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.