Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSedar ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Terima Persepsi Negatif, Penganjur Tukar...

    Sedar ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Terima Persepsi Negatif, Penganjur Tukar Nama?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nampaknya Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur telah menarik perhatian sesetengah pihak sehingga menimbulkan kontroversi. Lebih mengejutkan konsert ini menerima kritikan dari mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.

    Sudah menjadi lumrah, dari dulu lagi penyanyi dangdut seakan dianaktiri dan dilempar persepsi kurang enak dalam kalangan sesetengah masyarakat. Sedangkan, Malaysia sentiasa terbuka menerima genre muzik luar seperti K-Pop mahupun dari barat.

    Bagaimanapun demi menjernihkan persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ telah melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.

    “Pihak kami sedar bahawa apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ianya akan mendapat reaksi dan persepsi negatif dari masyarakat setempat, tambahan lagi muzik koplo jika di Indonesia diiringi tarian agak seksi.

    “Dengan demikian, dalam memartabatkan muzik dangdut di Malaysia maka kami tampil dengan persembahan yang berbeza yang lebih mahu menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tana menonjolkan elemen negatif dalam kalangan masyarakat,” Mission Sight selaku penganjur.

    Tambahan lagi ini merupakan konsert dangdut berskala besar yang pertama kali berlangsung di negara ini dan sudah tentu penganjur mahu meninggalkan kenangan dan menjadi penanda aras terbaik.

    Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual.

    Menariknya, selain menggabungkan artis-artis dangdut popular dari Indonesia dan Malaysia, konsert ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan
    Festival Muzik Milenia.

    Festival tersebut bakal diadakan di perkarangan stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 01 Oktober 2023, selama tiga hari berturut-turut.

    Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival ialah, persembahan daripada artis-artis genre dangdut, ‘Food Fest’ yang disertai oleh vendor-vendor makanan viral dari Malaysia dan Indonesia serta pelbagai lagi acara lain menjelang konsert pada 30 September ini.

    ALSO READ:  Kantoi! Ibu Miley Cyrus Rampas Dan Kahwini Kekasih Anak Bongsunya

    Tiket harga Rahmah, pengurangan harga 50%

    Berita baik buat semua, pihak penganjur memperkenalkan tiket harga rahmah dengan membuat pengurangan harga sebanyak 50% bersempena dengan ‘Merdeka Promo’.

    Penganjur, Mission Sight, berharap agar dengan harga rahmah ini Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini dapat dijadukan sebagai konsert mesra keluarga dan masyarakat.

    Warga Indonesia di dalam dan luar negara dijangka akan memenuhi stadium Malawati, Shah Alam selepas pengurangan harga dan memberi peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka.

    “Kami hanya menjual irama dan lagu bukan unsur-unsur negatif seperti tarian dan gelek lucah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

    “Pengurangan harga ini juga adalah kerana penganjur bercadang untuk mengadakan malam ke dua dan sekiranya ia terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain berpeluang menyertai Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini.

    “Bagaimanapun untuk meneruskan konsert pada malam kedua, masih di peringkat perancangan. Namun kalau berjaya direalisasikan, pastinya penonton akan disajikan persembahan berbeza,” kata penganjur.

    Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang ini.

    Selain itu, untuk mempromosikan lagi dan menarik lebih ramai pengunjung konsert, turut dianjurkan beberapa pertandingan melibatkan lima negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.

    Antara program yang dilaksanakan adalah:

    1. Pertandingan nyanyian pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia
    2. Pertandingan Dance Tanpa Gelek
Versati
    3. One Minutes Challenge

    Latar belakang Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur

    Konsert Milenia adalah gabungan Malaysia dan Indonesia dalam memartabatkan genre muzik dangdut yang merupakan muzik sealiran dua negara.

    Bakal menampilkan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, Ani Maiyuni beraksi sepentas bersama Siti badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena.

    ALSO READ:  Ruhainies Kongsi Tip Tenang Hadapi Ujian-“Dia Uji Sebab Dia Sayang..”

    Kerjasama positif ini dijangka memberi ruang dan peluang kepada artis dangdut tanah air untuk meluaskan pasaran antara dua negara atau serantau asia, menerusi penciptaan lagu-lagu baharu mengikut trending semasa.

    Malah, perkongsian teknologi muzik dari Indonesia juga dijangka akan memberi impak besar dalam perkembangan muzik dangdut di Malaysia.

    Justeru, usaha ini diyakini mendapat sokongan padu daripada Motac dan Tourism Malaysia kerana melalui muzik, tradisi ini mampu menjadi salah satu elemen mempromosikan Malaysia dan secara tidak langsung diharap dapat menarik pelancong menyertai festival muzik Milenia ini.

    Semua artis yang terlibat sangat telah mendapat tapisan awal dari PUSPAL dan tidak dibenarkan beraksi kurang sopan dan berpakaian mencolok mata.



    Credit: Musik – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts