Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSedaya Upaya Jadi Isteri Terbaik, Fasha Sandha Bersyukur Tahun Ini Belum Bergaduh...

    Sedaya Upaya Jadi Isteri Terbaik, Fasha Sandha Bersyukur Tahun Ini Belum Bergaduh Lagi Dengan Suami

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam kehidupan perkahwinan, pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, penting untuk diingat bahawa pergaduhan itu bukanlah sesuatu yang sepatutnya berlarutan atau dijadikan amalan dalam kehidupan sehari-hari.

    Lebih-lebih lagi, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya semasa bergaduh boleh memberi kesan yang mendalam terhadap hubungan.

    Suami dan isteri merupakan dua individu yang berbeza, dengan latar belakang, pendapat, dan cara berfikir yang berbeza.

    Oleh itu, adalah normal jika terdapat perbezaan pendapat dan konflik dalam rumah tangga. Namun, penyelesaian yang matang dan berhemah adalah kunci untuk menguruskan pergaduhan dengan baik.

    Sebagai contoh, baru-baru ini pelakon jelita Fasha Sandha mengakui bahawa pergaduhan atau perbalahan dengan pasangan dalam rumah tangga itu adalah perkara normal dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

    Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.

    “Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.

    “Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

    “Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya.

    Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.

    “Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

    “Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.

    Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.

    “Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.

    “Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.

    “Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.

    Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ernie Zakri Payung ‘Lagu Seram’ Misha Omar Cetus Perhatian Ramai!-“Fuhh Menusuk Kalbu”

    Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts