Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sejak 20 Tahun Lalu Azizulhasni Awang Telah Membanggakan Malaysia, Kita Tidak Boleh...

    ‘Sejak 20 Tahun Lalu Azizulhasni Awang Telah Membanggakan Malaysia, Kita Tidak Boleh Lupa Jasanya ‘ – Nicol Ann David

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Nicol Ann DavidDatuk Nicol Ann David

    Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David meminta semua rakyat Malaysia menyatakan solidariti memberikan sokongan kepada jaguh trek berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang yang tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin di Olimpik Paris 2024.

    Bangga dengan Azizulhasni

    Datuk Nicol Ann DavidDatuk Nicol Ann David

    Menerusi hantaran di Instagram, Nicol memahami keadaan Azizul yang ketika ini berada dalam keadaan sedih dan kecewa, justeru dia berharap orang ramai dapat menitipkan kata-kata semangat dan menghargai segala usaha serta penat lelah yang dilakukan.

    Jika ada masa untuk kita semua rakyat Malaysia bersatulah dan menunjukkan solidariti sekarang. Sejak 20 tahun lalu Azizulhasni telah membanggakan negara kita dan mendedikasikan hidupnya untuk memenangi pingat emas.

    Dia mengatasi keadaan yang mengancam nyawa, dia mengorbankan dirinya untuk impian mencapai emas itu untuk kita semua (Malaysia). Jika ada seseorang yang patah hati hari ini, dia ialah Azizul.

    Dia mengalami kesakitan dan kekecewaan yang luar biasa dan kita sepatutnya menghulurkan bahu dan bantuan. Kita tidak boleh menyakiti lebih dalam kepada seseorang yang sudah dalam kesakitan, bukan itu yang kita lakukan apabila seseorang jatuh di atas tanah.

    Saya tahu kita semua rakyat Malaysia boleh memahami bahawa satu kesilapan tidak menentukan kehidupan. Kita tidak boleh lupa apa yang Azizul berikan kepada kita selama ini (pingat dan kemenangan).

    Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita menyokong dan menghormati juara kita yang telah membanggakan negara kita. Mari kita wujudkan solidariti dan belas kasihan dan tunjukkan nilai sebenar kita rakyat Malaysia

    Jasa dan bakti buat negara

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

    Menerusi hantaran sama, Nicol berkata, dia mewakili rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada ‘The Pocket Rocket Man’ itu yang telah menabur bakti dan mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal.

    Azizul, saya tahu sukan Olimpik ini bermakna segala-galanya untuk anda dan sejauh mana usaha awak untuk berada di sini. Saya juga tahu keputusan yang dibuat untuk mara adalah risiko yang perlu diambil untuk memastikan mempunyai kedudukan yang baik untuk layak.

    Saya tahu awak terpaksa mengambil peluang kerana itulah yang terbaik yang dilakukan oleh ‘Pocket Rocket Man’ kami mencari detik-detik kecil di mana peluang terbuka. Saya tahu awak berhasrat untuk layak.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk semua yang awak telah wakili, kekuatan, ketabahan, keberanian dan kerendahan hati.

    Saya berharap dari lubuk hati saya agar awak mengingati semua yang telah dicapai dan lakukan untuk kita rakyat Malaysia. Saya mempunyai kenangan dan detik terbaik melihat awak bersaing yang akan saya simpan dalam hati saya.

    Terdahulu, Azizul telah disingkirkan daripada pusingan pertama acara berbasikal keirin di Olimpik Paris 2024 sekali gus mengejutkan ramai penyokongnya.

    ALSO READ:  Izreen Azminda Beri Penjelasan Teruskan Kes Saman Terhadap Intan Saleh untuk Memastikan Penyelesaian yang Adil & Saksama

    Pada perlumbaan itu, Azizul yang disandarkan harapan untuk menggungguli acara kegemarannya dan sekali gus membutirkan pingat emas pertama negara di Olimpik, dibatalkan penyertaannya selepas dia mendahului pacer.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts